Isnin, 26 November 2012

CORETAN BUAT SAUDARAKU DI PALESTIN.


          Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku menghirup  udara darimu dengan segar sekali.
Aku  menghirupnya  tanpa  dengan hati yang gelisah.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku melangkah  ke atas bumimu  dengan hati yang gembira.
Aku melangkah  dengan  senyuman  tidak  lekang  di bibir.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku bermain  dengan hati yang penuh keseronokan.
Aku  berlari  bagai tiada masalah di sekelilingku.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku makan dengan  sekenyang-kenyangnya
Sampai satu ketika, rezeki  yang  kau  berikan  kami biarkan bersepah.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku tidur selena-lenanya.
Hinggakan  mimpi yang begitu indah dan aku terleka.
Ya Allah,Alhamdulillah, kini, aku tinggal dalam negara yang cukup aman.
Aku hidup  dengan keluargaku  dalam negara yang sungguh sejahtera..
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku bergembira dengan rezeki dan nikmat dari-Mu.
Kesejahteraaan hidup yang  kau berikan kepada  kepadaku.
Ya Allah, terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjadikan Malaysia negara yang aman.
Ya Allah, terima kasih kerana membawa rakyat Malaysia dalam bawah rahmatMu,
Peliharalah kami rakyat Malaysia.
                                 





        



  Tapi......   Ya Allah
Bagaimana saudara kami di sana?
Bagaimana  mereka  dapat  hidup dengan, peluru di setiap pelusuk udara?
Bagaimana  mereka  dapat  bermain jika  kehidupan  mereka  penuh  dengan  keganasan.
Bagaimana mereka  dapat  menikmati  alamMu dengan  keadaan  yang  penuh  dengan  warna merah, darah!
Bagaimana  mereka  dapat meneruskan  kehidupan  jika nyawa mereka  hanya  di  hujung  kereta  kabel.
Bagaimana  mereka  dapat  meniti  alam dewasa  seperti  kami dengan  hanya  bertemankan  tangisan tidak kira waktu.
Bagaimana mereka  dapat  bermimpi  yang  indah-indah  jika  tidur  mereka  bertemankan  bunyi  peluru  di  telinga.
Bagaimana  mereka  dapat  melihat  kekuasaan, dengan  sekeliling mereka  penuh  dengan  kebesaran  kuasa  manusia.
Ya  Allah, peliharalah mereka.
Walau mereka  tiada siapapun  di sisi.
Dengan  isteri  yang  kematian  suami.
Dengan  ibu  yang  kematian  anak.
Dengan  adik  yang  kematian  abang.
Dengan  nenek  yang  kematian  cucu.
Tapi, mereka  tetap  tidak  lekang  dengan  ungkapan  “Alhamdulillah”.!!!
Ya Allah, lanjutkan usaha jihad mereka.
Walau tiada  apa-apa  yang  dapat  melumpuhkan  senjata  api.
 Dengan  semangat  yang  kental  yang  siap  utuh, kekal  di  hati  para  mujahid.
Dengan  kekuatan  doa  mereka  yang  penuh  penderitaan.
Dengan  hati  yang  tidak tenang.
Dengan  kehidupan  yang  penuh  cabaran.
Tidur  mereka  tidak  lena.
Makan  mereka  tidak  kenyang.
Sakit  mereka  perkara  biasa.
Tangisan  mereka  bagai  ketawa.
Jihad  mereka  ibarat  senjata.
                         

                         

                                     

                                       




          Ya  Allah, teguhkan  hati  mereka, teguhkan  hati  kami  rakyat  Malaysia  untuk  terus  berdoa  demi  saudara  kami  di  sana.
Ya  Allah, lindungilah  mereka, rahmatilah  mereka, selamatkan  mereka, peliharalah  mereka, sejahterakan  mereka.
Ya  Allah, berikan  mereka  kekuatan  dengan  terus  perjuangkan  nasib  mereka.
Ya  Allah, lanjutkan  usia  mereka  untuk  terus  berdoa, beribadat   tidak  kira waktu,  suasana.
Begitu  juga  kami  sebagai  rakyat  Malaysia.





















                                                               karyakuadalahanugerahmu...

Isnin, 12 November 2012

AKU SEORANG HAMBA YANG LEMAH.....BAGAIMANA AKU NANTI???


Aku hadir sebagai seorang insan yang bergelar hamba yang lemah. Imanku ibarat senipis kulit bawang pada ketika itu, aku lumpuh. Lumpuh  dalam hanyutan dunia. Kehidupanku sudah kelam. Kelam dihanyut alunan musik yang mengasyikkan. Hidupku umpama layang-layang yang tiada penghujung untuk menjadi sandaran. Dunia, dunia dan dunia. Semua itu sudah menjadi bahan asas dalam asam garam kehidupanku. Aku ibarat sebatang tepian pasir yang setia menunggu walau apa pun yang mendatang. Biarpun badai, gelora yang datang, aku tetap setia di tepian. Aku tidak akan menghiraukan apapun yang terjadi. Yang aku tahu, kehidupanku yang hanya mementingkan diri sendiri. Aku hanya memikirkan tentang perasaan aku semata-mata. Ibu, bapa, adik-beradik, saudara mara dan rakan seperjuanganku hilang entah kemana dalam memoriku. Aku rasa kehidupanku sudah terbaik jika di bandingkan dengan hamba yang lain. Tapi, dalam erti kata yang sebenar, aku ibarat pelarian di dalam hati aku sendiri. Aku seperti tidak mengetahui apa yang sebenarnya yang aku mahukan. Aku tahu aku ada pencipta, dorongan dan segala kemewahan yang semua orang mahukan. Tapi aku tidak mensyukuri dengan semua itu. Aku seperti tidak cukup untuk semua itu. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam diri. Aku cuba pelbagai perkara yang menyeronokkan. Pada ketika itu, aku seperti hilang, hilang di alam realiti. Seronok dengan duniawi tanpa memikirkan apa yang berlaku di ‘muka hapadan’ sebuah buku yang bergelar kehidupan. Aku hanya pandai membelik di halaman dalamnya tanpa melihat di muka hadapan terlebih dahulu. Aku seolah-olah tidak mengetahui siapa sebenarnya aku pada mulanya. Aku hanya memikirkan yang aku punya naluri untuk merasa kemewahan yang akan aku meniti dalam hidup  Aku terumbang-ambing dengan tipu helah dunia.Aku seperti seseorang yang hilang punca segala-galanya. Tapi, sampai bila aku ingin jadi seperti ini. Sampai bila aku menjadi bahan eksperimen dunia. Sampai bila aku ingin menjadi seperti orang yang hanya dahagakan alam dunia. Tapi, bagaimana untuk aku berubah. Adakah aku diterima di dunia yang penuh mencabar. Adakah aku diterima dalam kehidupan sebagai seorang hamba dalam erti kata yang sebenar. Fikiran itu hanya bayangan di fikiranku. Mak, ayah, apa yang patut aku lakukan??. Sampai bila anakmu ini akan menjadi bahan bualan orang ramai. Aku tahu taubat dari-Mu ada, jika dikatakan belum mendapat hidayah, ia sudah wujud dari beribu tahun yang lalu. Taubat dari Allah Yang Maha Kuasa pasti ada sebelum nyawa di kerongkong. Tapi ia hanya bergantung pada diri kita. Percayalah, Allah Maha Pengampun. Bagaimana kesudahanku.?? Ya Allah, aku ingin bertaubat. Aku ingin menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu. Kesyukuranku terhadapmu sangat perlu untuk meneruskan kehidupan ini demi bekalan di akhirat kelak. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. 






mengenangkan dosa-dosa yang telah lalu.... Pasti kita akan menjadi lebih dewasa apabila kita dapat menimba pengalaman daripada yang telah tejadi dan ia akan lebih berkesan apabila ia berlaku pada diri kita sendiri.

karyakuadalahanugerahmu...

                                       

Ahad, 23 September 2012

ADAKAH AKU BEGITU???


               

                  AKU SEORANG “RADIO”


Aku seorang radio,
Aku telah disetkan , hanya untuk menyoal dengan satu persoalan,
Dan aku juga telah disetkan, untuk hanya menerima satu jawapan.
Begitulah hidup ku,
Kadang-kala juga, aku hanya diset untuk mengeluarkan ‘hebahan’ jika perlu
 dan ia hanya untuk kepentingan ‘pendengar’,
Aku seperti seorang radio yang tiada kepentingan,
jika ‘pendengar’ sibuk dengan urusan lain,
Dan aku???
ku hanya menjadi ‘hebahan’ dalam radioku sendiri,
membuat perkara yang akan menjadikan diriku gembira,dengan ‘hebahan’ hatiku sendiri,
tapi…..sampai bila?
Sampai bila aku harus memperlakukan sedemikian,
Harus menyendiri,harus menjaga hati orang,
Harus berbuat baik pada orang,harus diperlakukan sedemikian,
Aku juga manusia biasa,
Yang punya hati,perasaan dan nafsu untuk bahagia,
Aku hanya hamba yang lemah,
Bagi aku, tiada kepentingan untuk mu.






karyakuadalahanugerahmu..


Jumaat, 17 Ogos 2012

HATI,HATI DAN HATI.



                                     

Dalam diri manusia memang tidak dapat lari dengan hati. Segala yang kita lakukan adalah bermula dengan hati. NIAT!!!,nawaitu kita. Jika hajat kita kearah kebaikan, maka eloklah jadinya. Tapi sekiranya sebaliknya???Memang takut sekiranya berbicara tentang hati., kerana segalanya berpunca dari situ. Pernahkah anda teringat tentang hati Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w pernah didatangi dengan malaikat untuk mencuci hati Baginda dengan air zam-zam, Subahanallah.Kita memang tidak dapat menikmat itu semua, tapi kita dapat untuk menyucikannya dengan isytifar, selawat dan taubat, Insya-Allah segalanya pasti hilang dengan izinNya. Aku pernah terfikir, betul ke hati manusia berbentuk LOVE. Tidak kiralah hati kita berbentuk apa sekalipun, ia tetap penting dan sangat bermakna dalam diri. Dengan hati, kita kenal diri kta, dengan hati kita kenal hati orang lain, dengan hati, kita kenal siapa pencipta kita, dengan hati kita kenal erti hidup, dengan hati kita tahu segala-galanya. Aku pernah dapat mesej tentang hati yang aku ingin kongsi kepada pembaca  “hati-hati menjaga hati,agar hati tidak mati,hati mesti hati-hati agar tidak terpesong jati, hati-hati hati bila mati sudah hati,tidak berguna kesal nanti,hati hati-hati, bila jati tiada di hati hidup sudah tiada teman, HATI-HATI HATI!!!”.

Setiap manusia punya naluri untuk terus menambakan cinta. Tidak kiralah, cinta itu datangnya dari manusia mahupun dari penciptaNya. Cinta di dunia ibarat sebuah pelayaran yang tiada kompas dan tujuan jika kita hanya mengharapkan cinta dari manusia dan ia tidak selari dengan jalan yang diredhai. Jika kapal yang kita naiki itu hilang arah tujuan, pasti segala yang diidamkan selama ini  menjadi sia-sia.Betul, cinta di dunia memang bahagia, seronok, rasa di sayangi dan dihargai, namun, apa yang pasti, ramai remaja kini telah banyak menjadi porak peranda kerana penangan cinta. Benar juga kata orang tua-tua, cinta kadang-kala buat hati lupa segalanya. Kita selalu terfikir, macam manalah sekiranya kita tidak dapat cinta di dunia, cinta dari manusia..Tapi, pernahkah aku dan kita semua terfikir, apa yang akan jadi dalam diri kita jika tiada cinta Allah s.w.t ??? Apa yang akan terjadi??? Bahagia,seronok, puas.Astafilullahalazim..Jauhkanlah dalam diri kita semua, dari diri sendiri, keluarga, sanak saudara, rakan taulan, dan seluruh umat Islam di dunia. Pernahkah juga kita terfikir jika cinta Illahi kita tidak peroleh hingga ke hujung nyawa kita???Bagaimana kita di sana kelak??Pernahkah kita terfikir…
Namun, setiap  di lubuk hati selalu menginginkan sesuatu yang terbaik dalam diri mereka.Hati.. hati dan hati. Tiada siapa yang tahu apa yang ada dalam hati kita sebenarnya. Mungkin sekarang ni, apa yang ada dalam hati korang yang baca cite ku ni rasa yang kurang enak atau like wise. Tapi aku merasakan yang kita semua akan melalui saat seperti ini. Cepat atau lambat kita pasti akan menempuhnya. Tetapi apabila kita memikirkan sesuatu yang tidak pasti, hati jadi tidak keruan dan gundah gulana.





                                                     karyakuadalahanugerahmu.

Ahad, 22 Januari 2012

BONDAKU, TIADA GALANG GANTINYA...


LUAHAN HATI SEORANG ANAK….
Mak..
Betul ke bersalin tu sakit?
Sakit seperti nyawa mak di kerongkong?
Betul ke mak?
Mak..
Betul ke anak adalah segala-galanya?
Betul ke anak adalah penyeri hidup mak?
Pengikat kasih antara mak dan ayah?
Mak..betul ke?
Mak betul ke setiap ibu sanggup lakukan apa sahaja untuk anaknya?
Sampai sanggup korbankan diri mak sendiri?
Nyawa mak.
Mak..
Tentu banyak dugaan untuk anak pertama kan mak..
Alahan waktu mengandung la..
Waktu nak bersalin la..
Waktu dalam berpantang pun ,mesti ada mak kan..?
Mak..
Anak-anak mak waktu kecil dulu mesti nakal kan..
Macam mana la waktu mak didik kami dulu..
Lari sana..lari sini..
Jatuh sikt,menangis..
Mak pun datang pujuk kami..
Mula-mula mak gendong kami..
Bila tak senyap lagi,mak nyanyi la,,
Mak bagi je semua benda supaya kami diam
Ingat lagi..
Waktu di sekolah rendah,pagi-pagi mak lipat tudung ngah..
TAPI MAK..
Bila besar,kami ingat ke semua tu?
Kami ingat ke macam mana susah payah mak berpantang untuk kami..
Jaga makan minum kami ..
Pujuk kami,.
Mak marah pada orang yang pukul kami..
Bila mak belikan makanan kesukaan kami..
Bila mak betulkan tudung kami..
Bila mak lapkan kotor di mulut kami,hingus di hidung..
Basuh najis kami..
Buat semua benda untuk hiburkan hati kami..
Memang tak dapat terhitung la banyak mana mak korbankan untuk kami..
Mak..
Nanti bila mak dah tua,kami pula yang akan jaga mak tau..
Kami basuh najis mak..
Suapkan mak makan..
Bawa mak pergi jalan-jalan..
Buat semua benda yang mak suka..
Kami janji mak.
Kami akan buat mak bahagia..
Betul kata orang,tangan ibu yang menghayun buaian,boleh menggoncangkan dunia..
Sebab mak sudah buktikan pada dunia,
Anak-anak mak akan Berjaya
Kak long sudah mempunyai pekerjaan yang tetap,
Anak-anak mak yang lain sedang menuntut ilmu.
INSYA-ALLAH,semua anak-anak mak akan Berjaya dunia dan akhirat.
AMIN!!


karyakuadalahanugerahmu..





Sabtu, 21 Januari 2012

memori TINGKATAN LIMA..


SELOKA 5 ARIF
Nama illahi kami mulakan
Kepada semua pembaca budiman
Seloka 5A kami sembahkan
Sebagai kenangan buatmu teman

Grand livina putih setiap hari
Dibawa pergi ke sana ke mari
Menghambar geografi di kelas kami
Itulah Puan Azilah empunya diri

Berbaju putih kurus orangnya
Segak bergaya segak orangnya
Menjadi monitor yang berwibawa
Itulah Helmi empunya nama

Tinggi sederhana putih orangnya
Duduk di tepi di hujung meja
Nurul atiqah itulah namanya
Memberi kedatangan  sepanjang masa

5 serangkai gadis sunti
Kalau bersama tak kering gusi
Fatehah,Mimi dan Umi
Izyan dan Wan menjadi pemerhati



Seorang putih,seorang biru
Zuhira  dan Sakinah sering selalu
Sentiasa bersama walau di mana
Sekarang sudah bercermin mata

Orangnya tinggi putih bersahaja
Obsess dengan kecantikan rupa
Sentiasa bersama 3 sahabatnya
Itulah Ana pelajar berwibawa

Kalau di perhimpunan sentiasa di perli
Itulah Aidatul budak kelas kami
Kalau marah memang tak reti
Sentiasa menjadi mangsa buli

Menjadi Ustazah gelaran diberi
Kepada Nor sentiasa bererti
Orangnya redha dengan ujian-Nya
Walau dugaan datang melanda

Orangnya putih berkaca mata
Menjadi sepupu cikgu korepasi
 Kalau di kelas duduk ‘bersahaja’
Nur Hana nama keluarga diberi




Senyum manis empunya diri
Orangnya baik budi pekerti
Hamidah menjadi teman di rumah
Itulah Hanna sering ke sekolah

Ucapan Jepun sebagai pembuka
Untuk Aswin empunya nama
Orangnya cantik senyum sentiasa
Teman seasrama bersama Mazida

Suka jerit seperti kuda
Untuk hiburan di kala bahagia
Aziera memang kuat bercerita
Itulah hobi untuk hati ceria

Nor Afiqah orangnya pendiam
Tulisan menjadi pujian cikgu BM
Sentiasa menyepi di kala ini
Kerana tiada teman di sisi

Orangnya kadang-kadang sindrom down
Tetapi penuh dengan gurau senda
Zubaidah memang seorang teman
Menjadi bahagia di kala suka




Muja dan Ain empunya diri
Tangan  kreatif di kelas kami
Setiap tahun sentiasa ‘bussy’
Menjadikan kelas sentiasa berseri

Menjadi cita-cita Raja Lawak
Selepas SPM nak jadi  peserta
Junaidi Asmadi memang suka gelak
Dalam kelas,akulah ‘ juara’

Bacaannya menjadi orang geli hati
Tapi buat tak reti-reti
Tanam nenas memang hobi
Itulah Sohaimi sentiasa berseri

Nama Yahya diberi keluarga
Kalau cakap entah apa-apa
Orangnya kecil berjiwa besar
Pakar meniru sudah tersebar

Sering digelar Jacklyn Victor
Mulutnya kepoh tak terkata
Bolae menjadi sesperti reporter
Itulah Lutfi,guru cita-citanya




Orangnya celoteh bak burung murai
Menjadi hiburan di kelas kami
Nurul Shafinah orangnya molek
Kalau diusik sering memekik

Menaiki motor sering bersama
Seorang kurus,seorang tinggi
Kalau dilihat pasangan bahagia
Fakar dan Hazry hidup harmoni

Bagi pelajar kelas 5A
Jangan marah kepada penyeloka
Bukan niat mencaci menghina
Kalau terasa maaf dipinta

Terima kasih pembaca semua
Kerana membaca seloka ini
Kalau salah ini perkara biasa
Tolonglah baiki tapi dalam hati.






karyakuadalahanugerahmu....



Jumaat, 20 Januari 2012

PENULISANKU ADALAH LUAHAN ISI HATIKU




Corak kehidupan
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Setiap kebahagiaan pasti ada kesedihan
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran
Setiap keceriaan pasti ada kedukaan
Setiap perjanjian pasti ada kemungkaran
Setiap peristiwa pasti ada kenangan
Setiap yang manis pasti ada yang pahit
Setiap matlamat pasti ada pencapaian
Setiap keistimewaan pasti ada keburukan
Setiap penantian pasti ada penghujungnya
Setiap pencarian pasti ada penemuan
Setiap permasalahan pasti ada penyelesaian
Setiap kebaiakan pasti ada keburukan
Setiap kejayan pasti ada kegagalan
Itulah corak kehidupan kita
Menjalani kehidupan sebagai seorang hamba
Jadikan yang buruk sebagai pengajaran
Yang baik jadikan sempadan.








KARYAKUADALAHANUGERAHMU.....