Isnin, 12 November 2012

AKU SEORANG HAMBA YANG LEMAH.....BAGAIMANA AKU NANTI???


Aku hadir sebagai seorang insan yang bergelar hamba yang lemah. Imanku ibarat senipis kulit bawang pada ketika itu, aku lumpuh. Lumpuh  dalam hanyutan dunia. Kehidupanku sudah kelam. Kelam dihanyut alunan musik yang mengasyikkan. Hidupku umpama layang-layang yang tiada penghujung untuk menjadi sandaran. Dunia, dunia dan dunia. Semua itu sudah menjadi bahan asas dalam asam garam kehidupanku. Aku ibarat sebatang tepian pasir yang setia menunggu walau apa pun yang mendatang. Biarpun badai, gelora yang datang, aku tetap setia di tepian. Aku tidak akan menghiraukan apapun yang terjadi. Yang aku tahu, kehidupanku yang hanya mementingkan diri sendiri. Aku hanya memikirkan tentang perasaan aku semata-mata. Ibu, bapa, adik-beradik, saudara mara dan rakan seperjuanganku hilang entah kemana dalam memoriku. Aku rasa kehidupanku sudah terbaik jika di bandingkan dengan hamba yang lain. Tapi, dalam erti kata yang sebenar, aku ibarat pelarian di dalam hati aku sendiri. Aku seperti tidak mengetahui apa yang sebenarnya yang aku mahukan. Aku tahu aku ada pencipta, dorongan dan segala kemewahan yang semua orang mahukan. Tapi aku tidak mensyukuri dengan semua itu. Aku seperti tidak cukup untuk semua itu. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam diri. Aku cuba pelbagai perkara yang menyeronokkan. Pada ketika itu, aku seperti hilang, hilang di alam realiti. Seronok dengan duniawi tanpa memikirkan apa yang berlaku di ‘muka hapadan’ sebuah buku yang bergelar kehidupan. Aku hanya pandai membelik di halaman dalamnya tanpa melihat di muka hadapan terlebih dahulu. Aku seolah-olah tidak mengetahui siapa sebenarnya aku pada mulanya. Aku hanya memikirkan yang aku punya naluri untuk merasa kemewahan yang akan aku meniti dalam hidup  Aku terumbang-ambing dengan tipu helah dunia.Aku seperti seseorang yang hilang punca segala-galanya. Tapi, sampai bila aku ingin jadi seperti ini. Sampai bila aku menjadi bahan eksperimen dunia. Sampai bila aku ingin menjadi seperti orang yang hanya dahagakan alam dunia. Tapi, bagaimana untuk aku berubah. Adakah aku diterima di dunia yang penuh mencabar. Adakah aku diterima dalam kehidupan sebagai seorang hamba dalam erti kata yang sebenar. Fikiran itu hanya bayangan di fikiranku. Mak, ayah, apa yang patut aku lakukan??. Sampai bila anakmu ini akan menjadi bahan bualan orang ramai. Aku tahu taubat dari-Mu ada, jika dikatakan belum mendapat hidayah, ia sudah wujud dari beribu tahun yang lalu. Taubat dari Allah Yang Maha Kuasa pasti ada sebelum nyawa di kerongkong. Tapi ia hanya bergantung pada diri kita. Percayalah, Allah Maha Pengampun. Bagaimana kesudahanku.?? Ya Allah, aku ingin bertaubat. Aku ingin menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu. Kesyukuranku terhadapmu sangat perlu untuk meneruskan kehidupan ini demi bekalan di akhirat kelak. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. 






mengenangkan dosa-dosa yang telah lalu.... Pasti kita akan menjadi lebih dewasa apabila kita dapat menimba pengalaman daripada yang telah tejadi dan ia akan lebih berkesan apabila ia berlaku pada diri kita sendiri.

karyakuadalahanugerahmu...

                                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan