Isnin, 26 November 2012

CORETAN BUAT SAUDARAKU DI PALESTIN.


          Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku menghirup  udara darimu dengan segar sekali.
Aku  menghirupnya  tanpa  dengan hati yang gelisah.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku melangkah  ke atas bumimu  dengan hati yang gembira.
Aku melangkah  dengan  senyuman  tidak  lekang  di bibir.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku bermain  dengan hati yang penuh keseronokan.
Aku  berlari  bagai tiada masalah di sekelilingku.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku makan dengan  sekenyang-kenyangnya
Sampai satu ketika, rezeki  yang  kau  berikan  kami biarkan bersepah.
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku tidur selena-lenanya.
Hinggakan  mimpi yang begitu indah dan aku terleka.
Ya Allah,Alhamdulillah, kini, aku tinggal dalam negara yang cukup aman.
Aku hidup  dengan keluargaku  dalam negara yang sungguh sejahtera..
Ya Allah, Alhamdulillah, kini, aku bergembira dengan rezeki dan nikmat dari-Mu.
Kesejahteraaan hidup yang  kau berikan kepada  kepadaku.
Ya Allah, terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjadikan Malaysia negara yang aman.
Ya Allah, terima kasih kerana membawa rakyat Malaysia dalam bawah rahmatMu,
Peliharalah kami rakyat Malaysia.
                                 





        



  Tapi......   Ya Allah
Bagaimana saudara kami di sana?
Bagaimana  mereka  dapat  hidup dengan, peluru di setiap pelusuk udara?
Bagaimana  mereka  dapat  bermain jika  kehidupan  mereka  penuh  dengan  keganasan.
Bagaimana mereka  dapat  menikmati  alamMu dengan  keadaan  yang  penuh  dengan  warna merah, darah!
Bagaimana  mereka  dapat meneruskan  kehidupan  jika nyawa mereka  hanya  di  hujung  kereta  kabel.
Bagaimana  mereka  dapat  meniti  alam dewasa  seperti  kami dengan  hanya  bertemankan  tangisan tidak kira waktu.
Bagaimana mereka  dapat  bermimpi  yang  indah-indah  jika  tidur  mereka  bertemankan  bunyi  peluru  di  telinga.
Bagaimana  mereka  dapat  melihat  kekuasaan, dengan  sekeliling mereka  penuh  dengan  kebesaran  kuasa  manusia.
Ya  Allah, peliharalah mereka.
Walau mereka  tiada siapapun  di sisi.
Dengan  isteri  yang  kematian  suami.
Dengan  ibu  yang  kematian  anak.
Dengan  adik  yang  kematian  abang.
Dengan  nenek  yang  kematian  cucu.
Tapi, mereka  tetap  tidak  lekang  dengan  ungkapan  “Alhamdulillah”.!!!
Ya Allah, lanjutkan usaha jihad mereka.
Walau tiada  apa-apa  yang  dapat  melumpuhkan  senjata  api.
 Dengan  semangat  yang  kental  yang  siap  utuh, kekal  di  hati  para  mujahid.
Dengan  kekuatan  doa  mereka  yang  penuh  penderitaan.
Dengan  hati  yang  tidak tenang.
Dengan  kehidupan  yang  penuh  cabaran.
Tidur  mereka  tidak  lena.
Makan  mereka  tidak  kenyang.
Sakit  mereka  perkara  biasa.
Tangisan  mereka  bagai  ketawa.
Jihad  mereka  ibarat  senjata.
                         

                         

                                     

                                       




          Ya  Allah, teguhkan  hati  mereka, teguhkan  hati  kami  rakyat  Malaysia  untuk  terus  berdoa  demi  saudara  kami  di  sana.
Ya  Allah, lindungilah  mereka, rahmatilah  mereka, selamatkan  mereka, peliharalah  mereka, sejahterakan  mereka.
Ya  Allah, berikan  mereka  kekuatan  dengan  terus  perjuangkan  nasib  mereka.
Ya  Allah, lanjutkan  usia  mereka  untuk  terus  berdoa, beribadat   tidak  kira waktu,  suasana.
Begitu  juga  kami  sebagai  rakyat  Malaysia.





















                                                               karyakuadalahanugerahmu...

Isnin, 12 November 2012

AKU SEORANG HAMBA YANG LEMAH.....BAGAIMANA AKU NANTI???


Aku hadir sebagai seorang insan yang bergelar hamba yang lemah. Imanku ibarat senipis kulit bawang pada ketika itu, aku lumpuh. Lumpuh  dalam hanyutan dunia. Kehidupanku sudah kelam. Kelam dihanyut alunan musik yang mengasyikkan. Hidupku umpama layang-layang yang tiada penghujung untuk menjadi sandaran. Dunia, dunia dan dunia. Semua itu sudah menjadi bahan asas dalam asam garam kehidupanku. Aku ibarat sebatang tepian pasir yang setia menunggu walau apa pun yang mendatang. Biarpun badai, gelora yang datang, aku tetap setia di tepian. Aku tidak akan menghiraukan apapun yang terjadi. Yang aku tahu, kehidupanku yang hanya mementingkan diri sendiri. Aku hanya memikirkan tentang perasaan aku semata-mata. Ibu, bapa, adik-beradik, saudara mara dan rakan seperjuanganku hilang entah kemana dalam memoriku. Aku rasa kehidupanku sudah terbaik jika di bandingkan dengan hamba yang lain. Tapi, dalam erti kata yang sebenar, aku ibarat pelarian di dalam hati aku sendiri. Aku seperti tidak mengetahui apa yang sebenarnya yang aku mahukan. Aku tahu aku ada pencipta, dorongan dan segala kemewahan yang semua orang mahukan. Tapi aku tidak mensyukuri dengan semua itu. Aku seperti tidak cukup untuk semua itu. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam diri. Aku cuba pelbagai perkara yang menyeronokkan. Pada ketika itu, aku seperti hilang, hilang di alam realiti. Seronok dengan duniawi tanpa memikirkan apa yang berlaku di ‘muka hapadan’ sebuah buku yang bergelar kehidupan. Aku hanya pandai membelik di halaman dalamnya tanpa melihat di muka hadapan terlebih dahulu. Aku seolah-olah tidak mengetahui siapa sebenarnya aku pada mulanya. Aku hanya memikirkan yang aku punya naluri untuk merasa kemewahan yang akan aku meniti dalam hidup  Aku terumbang-ambing dengan tipu helah dunia.Aku seperti seseorang yang hilang punca segala-galanya. Tapi, sampai bila aku ingin jadi seperti ini. Sampai bila aku menjadi bahan eksperimen dunia. Sampai bila aku ingin menjadi seperti orang yang hanya dahagakan alam dunia. Tapi, bagaimana untuk aku berubah. Adakah aku diterima di dunia yang penuh mencabar. Adakah aku diterima dalam kehidupan sebagai seorang hamba dalam erti kata yang sebenar. Fikiran itu hanya bayangan di fikiranku. Mak, ayah, apa yang patut aku lakukan??. Sampai bila anakmu ini akan menjadi bahan bualan orang ramai. Aku tahu taubat dari-Mu ada, jika dikatakan belum mendapat hidayah, ia sudah wujud dari beribu tahun yang lalu. Taubat dari Allah Yang Maha Kuasa pasti ada sebelum nyawa di kerongkong. Tapi ia hanya bergantung pada diri kita. Percayalah, Allah Maha Pengampun. Bagaimana kesudahanku.?? Ya Allah, aku ingin bertaubat. Aku ingin menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu. Kesyukuranku terhadapmu sangat perlu untuk meneruskan kehidupan ini demi bekalan di akhirat kelak. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. 






mengenangkan dosa-dosa yang telah lalu.... Pasti kita akan menjadi lebih dewasa apabila kita dapat menimba pengalaman daripada yang telah tejadi dan ia akan lebih berkesan apabila ia berlaku pada diri kita sendiri.

karyakuadalahanugerahmu...