Dalam diri
manusia memang tidak dapat lari dengan hati. Segala yang kita lakukan adalah
bermula dengan hati. NIAT!!!,nawaitu kita. Jika hajat kita kearah kebaikan,
maka eloklah jadinya. Tapi sekiranya sebaliknya???Memang takut sekiranya
berbicara tentang hati., kerana segalanya berpunca dari situ. Pernahkah anda
teringat tentang hati Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w pernah didatangi
dengan malaikat untuk mencuci hati Baginda dengan air zam-zam,
Subahanallah.Kita memang tidak dapat menikmat itu semua, tapi kita dapat untuk
menyucikannya dengan isytifar, selawat dan taubat, Insya-Allah segalanya pasti
hilang dengan izinNya. Aku pernah terfikir, betul ke hati manusia berbentuk
LOVE. Tidak kiralah hati kita berbentuk apa sekalipun, ia tetap penting dan sangat
bermakna dalam diri. Dengan hati, kita kenal diri kta, dengan hati kita kenal
hati orang lain, dengan hati, kita kenal siapa pencipta kita, dengan hati kita
kenal erti hidup, dengan hati kita tahu segala-galanya. Aku pernah dapat mesej
tentang hati yang aku ingin kongsi kepada pembaca “hati-hati
menjaga hati,agar hati tidak mati,hati mesti hati-hati agar tidak terpesong
jati, hati-hati hati bila mati sudah hati,tidak berguna kesal nanti,hati
hati-hati, bila jati tiada di hati hidup sudah tiada teman, HATI-HATI HATI!!!”.
Setiap manusia
punya naluri untuk terus menambakan cinta. Tidak kiralah, cinta itu datangnya
dari manusia mahupun dari penciptaNya. Cinta di dunia ibarat sebuah pelayaran
yang tiada kompas dan tujuan jika kita hanya mengharapkan cinta dari manusia
dan ia tidak selari dengan jalan yang diredhai. Jika kapal yang kita naiki itu
hilang arah tujuan, pasti segala yang diidamkan selama ini menjadi sia-sia.Betul, cinta di dunia memang
bahagia, seronok, rasa di sayangi dan dihargai, namun, apa yang pasti, ramai
remaja kini telah banyak menjadi porak peranda kerana penangan cinta. Benar
juga kata orang tua-tua, cinta kadang-kala buat hati lupa segalanya. Kita
selalu terfikir, macam manalah sekiranya kita tidak dapat cinta di dunia, cinta
dari manusia..Tapi, pernahkah aku dan kita semua terfikir, apa yang akan jadi
dalam diri kita jika tiada cinta Allah s.w.t ??? Apa yang akan terjadi???
Bahagia,seronok, puas.Astafilullahalazim..Jauhkanlah dalam diri kita semua,
dari diri sendiri, keluarga, sanak saudara, rakan taulan, dan seluruh umat
Islam di dunia. Pernahkah juga kita terfikir jika cinta Illahi kita tidak
peroleh hingga ke hujung nyawa kita???Bagaimana kita di sana kelak??Pernahkah
kita terfikir…
Namun,
setiap di lubuk hati selalu menginginkan
sesuatu yang terbaik dalam diri mereka.Hati.. hati dan hati. Tiada siapa yang
tahu apa yang ada dalam hati kita sebenarnya. Mungkin sekarang ni, apa yang ada
dalam hati korang yang baca cite ku ni rasa yang kurang enak atau like wise.
Tapi aku merasakan yang kita semua akan melalui saat seperti ini. Cepat atau
lambat kita pasti akan menempuhnya. Tetapi apabila kita memikirkan sesuatu yang
tidak pasti, hati jadi tidak keruan dan gundah gulana.
karyakuadalahanugerahmu.